Struktur Organisasi Kokurikulum
Rancangan Berstruktur Untuk Pentadbir Sukan
Panduan Menjalankan Aktiviti Kokurikulum dan Contoh Pakaian
TARIKH BERMULA
18 Januari 2006
MASA AKTIVITI
Rabu - 3.30 p.m. hingga 5.30 p.m.
GURU BERTUGAS
Guru bertugas akan bertugas secara bergilir-gilir. ( Sila rujuk jadual bertugas )
CARA PELAKSANAAN
Sila rujuk jadual bertugas
KEDATANGAN / DISPLIN / KESELAMATAN MURID
Sebelum aktiviti dijalankan guru bertugas diminta mengambil kedatangan murid dengan teliti. Sila pastikan semua murid menghadiri kelas.Jika terdapat murid yang ponteng, sila ambil tindakan yang sewajarnya pada minggu berikutannya supaya perkara ini tidak berlanjutan.Guru bertugas hendaklah memastikan murid-murid berdisiplin,mengikut peraturan serta dalam keadaan selamat semasa aktiviti kokurikulum dijalankan.
RANCANGAN AKTIVITI DAN BUKU LOG
Guru Penasihat diminta membuat Rancangan Tahunan Aktiviti ( ada objektif / strategi / program / jadual ) dan membentuk J/K Persatuan / Kelab / Unit Beruniform.Guru bertugas juga perlu mencatitkan tarikh dan aktiviti dalam buku log, isi buku kokurikulum dan tandatangan.
PERTUKARAN WAKTU BERTUGAS / RELIF
Guru bertugas diminta bertukar masa bertugas dengan guru yang lain sekiranya tidak dapat bertugas pada hari dan masa yang telah ditetapkan atas sebab hal-hal kecemasan. Sila laporkan kepada GPKKK.Guru yang mempunyai tugas rasmi seperti menghadiri mesyuarat, bengkel,mengiringi murid ke pertandingan luar sekolah atau bercuti sakit dan tidak dapat bertugas pada hari dan masa itu, guru dari kumpulan lain akan diminta mengganti secara bergilir-gilir.
TEMPAT AKTIVITI
Sila rujuk kepada Jadual Bertugas.
BERKEMAS
Murid-murid tidak dibenarkan balik sebelum masa tamat.Guru bertugas diminta mengawasi murid-murid mengemaskan dan membersihkan tempat aktiviti.Radas dan alatan hendaklah dipulangkan ke tempat asalnya. Semasa aktiviti permainan dijalankan, murid-murid dikehendaki memakai baju PJ.Guru bertugas haruslah menjalankan aktiviti tepat pada waktunya. Pihak sekolah ada sediakan buku-buku rujukan berkenaan dengan aktiviti-aktiviti kokurikulum. Guru-guru digalakkan untuk meminjam dan membacanya supaya guru-guru boleh meningkatkan lagi ilmu untuk manfaat proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran teori dan praktikal hendaklah diimbangi.Setiausaha J/K Kokurikulum sebagai Penyelaras Kokurikulum membantu GPKKK bila-bila masa jika perlu.
![]() |
![]() |
Minggu 1
Hari |
Jenis Aktiviti |
Masa |
Rabu |
|
3.30 – 5.30 p.m. |
Minggu 2
Hari |
Jenis Aktiviti |
Masa |
Rabu |
|
3.30- 4.30 p.m. |
|
4.30- 5.30 p.m. |
Minggu 3
Hari |
Jenis Aktiviti |
Masa |
Rabu |
|
3.30-5.30 P.M. |
Minggu 4
Hari |
Jenis Aktiviti |
Masa |
Rabu |
|
3.30- 4.30 p.m. |
1. Kelab Badminton |
4.30- 5.30 p.m. |